Diploma Kemahiran Malaysia dalam Operasi Penyelenggaraan Pesawat dan Persijilan kami direka untuk melengkapkan bakal juruteknik/ jurutera dengan pengetahuan asas dan pengalaman praktikal yang diperlukan untuk cemerlang dalam industri penerbangan. Program komprehensif ini merangkumi 2,400 jam termasuk latihan teori dan praktikal yang diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM), bagi memastikan pematuhan kepada piawaian serta peraturan industri.
Menjelang akhir program ini, calon yang berjaya akan:
(i) Dianugerahkan Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 oleh JPK
Pensijilan ini merupakan kelayakan pada peringkat sijil yang membolehkan individu melaksanakan tugas Operasi Penyelenggaraan Pesawat.
Kelayakan ini membuka peluang kepada jawatan yang lebih tinggi dalam syarikat penerbangan, organisasi penyelenggaraan, dan syarikat penerbangan global, menyediakan laluan kerjaya profesional dalam sektor penerbangan antarabangsa.
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
OPERASI PENYELENGGARAAN PESAWAT (TIDAK DIPERSIJILKAN) [TP-060-3:2013]