C321-001-3:2023
Kursus ini direka untuk mendedahkan kepada para peserta kepada prinsip-prinsip Seni Kraf Barang Kemas. Ia meliputi rekabentuk, konsep dan bagaimana produk cincin, loket, kerongsang dan rantai dihasilkan.
Ia juga memperkenalkan kepada para peserta kaedah acuan tuangan bagi menghasilkan produk barang kemas.
Antara faedah-faedah yang diperolehi melalui kursus ini adalah seperti berikut :
1. Memahami konsep penghasilan barang kemas.
2. Menghasilkan produk-produk barang kemas.
3. Menghasilkan rekabentuk barang kemas yang kreatif.
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis