- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
SSPM03
Program Sijil Teknologi Perindustrian, JTM dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), JPK bagi Kursus Teknologi Penyenggaraan Mekanikal mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan bidang kerja-kerja asas logam, teknik-teknik kimpalan arka dan gas, fabrikasi logam, menyelenggara dan membaiki pelbagai jenis mesin, sistem pam, sistem penghantaran (Conveyor system), penggunaan mesin pneumatic dan hidraulik serta βProgramming Logic Controlβ (PLC). Para pelajar juga diajar kaedah melukis dan menginterpretasi lukisan kejuruteraan. Kursus ini juga mendedahkan pelajar kepada kaedah membuat pelbagai perkakasan dan alat ganti dengan menggunakan mesin kisar, mesin larik, mesin canai dan mesin gerudi. Para pelajar lepasan kursus ini boleh menceburi banyak bidang pekerjaan di industri termasuk syarikat-syarikat pembuatan industri berat seperti penerbangan, perkapalan dan automotif.
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
1. Tamat Tingkatan 5
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis