- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
C259-006-3:2020
ACADEMY MAXSKILL telah mendapat kelulusan pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dibawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bagi menjalankan program Operasi Pemesinan (C259-006-2:2020) dan Operasi Pemesinan CNC (C259-006-3:2020) menerusi Persijilan Tahap Tunggal (Mengikut Tahap).
Dalam program ini, pelatih akan diberi penekanan kepada latihan praktikal yang komprehensif selain memperoleh pengetahuan secara teori. Latihan yang memfokuskan kepada pemesinan ini bertujuan menyediakan pelatih dengan pengalaman dan kemahiran yang tinggi dalam mengendali secara langsung dengan pelbagai mesin, peralatan dan kelengkapan bagi memastikan produk yang dihasilkan berkualiti dan memenuhi spesifikasi yang dikehendaki.
Pelatih akan melaksanakan latihan amali samada secara individu atau berkumpulan meliputi pemesinan konvensional termasuklah Operasi Larik (Turning Operation), Operasi Kisar (Milling Operation), Operasi Canai (Grinding Operation Which Includes Surface And Cylindrical Grinding), membuat kerja-kerja gegasan dan sebagainya. Seterusnya, pelatih turut didedahkan kepada pemesinan berteknologi tinggi bermula dengan asas dan Pemprograman CNC (CNC Programming), Teknologi Pemesinan NC dan CNC (Up To 5-Axis CNC Technology), perisian dan aplikasi CAD/CAM (Computer-Aided Design And Computer-Aided Manufacturing), Mesin EDM (Electrical Discharge Machine Including Wire-Cut & Die Sinking) dan penyelenggaraan mesin-mesin yang terlibat.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45