Pentadbiran Pejabat
N821-001-3:2020
Pengenalan Kursus
Sijil Kemahiran Malaysia Pentadbiran Pejabat atau dulunya dikenali sebagai SKM Pengurusan Pejabat dan Penyeliaan Pengurusan Pejabat adalah kursus untuk melatih pelajar dengan pengendalian operasi kewangan asas pejabat seperti petty cash, kutipan bil dan penyediaan laporan kewangan asas. Selain itu, latihan juga diberikan berkaitan pengurusan inventori dan perolehan pejabat serta pentadbiran dokumentasi pejabat seperti penyediaan dokumen, pendaftaran, mencetak, mengikat dan memfail dokumen. Pelajar juga diberi pendedahan dalam menyelia kakitangan pentadbiran melibatkan aktiviti latihan dalaman, penilaian kakitangan, penyediaan bajet serta pengendalian mesyuarat jabatan. Akhir sekali, pelajar juga akan dilatih dalam pentadbiran operasi kaunter hadapan seperti melayani pelanggan, latihan komunikasi dan pengurusan barangan keluar-masuk dan merekod aktiviti kaunter hadapan.
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Atau
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45
Atau