MC-025-3:2012
Program Gas Metal Arc Welding (GMAW) ini memberi pelatih pemahaman yang mendalam tentang proses kimpalan GMAW, yang menggunakan gas pelindung untuk memastikan kualiti sambungan logam yang optimum. Kursus ini meliputi teori dan praktikal, termasuk teknik-teknik kimpalan yang betul, penggunaan peralatan kimpalan, serta pemilihan gas pelindung dan dawai penambah yang sesuai. Dengan latihan praktikal yang diberikan, pelatih dapat menguasai kemahiran dalam menghasilkan kimpalan yang berkualiti. Selain itu, program ini turut memberi penekanan serta penerangan kepada pelatih tentang aspek keselamatan.
Tamatnya kursus ini, peserta akan dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan kimpalan GMAW secara efisien dan selamat, serta memenuhi keperluan industri.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 45