Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
T982-001-3:2017
Pengenalan Kursus
.Pendidikan Awal Kanak-Kanak(PAKK) adalah program berkualiti tinggi yang direka khas untuk kanak-kanak sejak mereka lahir lagi dan lebih dikenali sebagai pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak. Awal Kanak-Kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak sejak lahir hingga ke tahap umur lapan tahun. Pendidikan Kanak-Kanak menggunakan istilah awal kanak-kanak iaitu ‘Early Childhood’ dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak sebagai ‘Early Childhood Education’.
Di Malaysia, PAKK adalah asas yang penting kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah, yang mana ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit akan ilmu pengetahuan. PAKK menggunakan istilah prasekolah, taska, tadika dan tabika yang melibatkan kanak-kanak berumur di bawah enam tahun.
Kanak-kanak di peringkat usia ini akan diajar oleh tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi dalam suasana pembelajaran yang sesuai dengan usia meraka kerana ‘kanak-kanak ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warni kehidupan’ agar mereka mampu menjadi pelapis kepada generasi negara dan bersedia untuk menentukan hala tuju kehidupan mereka pada masa akan datang.
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Atau
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
Pengusaha taska , tadika , pusat jagaan kanak-kanak
Pengasuh & kakitangan taska terlatih
Penulis & pereka bahan pembelajaran kanak-kanak
Penasihat dalam penyediaan rancangan perniagaan taska / tadika.