Lain-lain Maklumat Berkaitan
PENGENALAN IKDAR:
IKDAR merupakan Institut Pengajian Tinggi bagi lepasan tahfiz di madrasah-madrasah tahfiz yang terdapat di seluruh Malaysia dan juga membantu pelajar untuk mengikuti program Diploma tanpa memerlukan pelajar mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia.
Tujuan Penubuhan IKDAR :
- Menyediakan aliran pengajian peringkat tinggi kepada lepasan institusi tahfiz dan madrasah tahfiz Malaysia sama ada melalui aliran perdana atau tidak.
- Mempelbagaikan disiplin ilmu pengajian tinggi tanpa mengenepikan keilmuan dan hafazan al-Quran para huffaz.
- Melahirkan teknokrat Islam yang menghafaz al-Quran dari kalangan pencapaian akademik sederhana.
KEMUDAHAN DISEDIAKAN :
- Kemudahan Asrama
- Makan disediakan
PERSIJILAN TAMBAHAN :
i. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
ii. Sijil Tahfiz Negeri Perak (STNP)
BANTUAN PENDIDIKAN YANG DISEDIAKAN :
- Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
- Pinjaman Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK)
- Bantuan Am Pelajaran Majlis Agama Islam Perak (MAIPk)
- SUK Negeri-negeri Lain
- Zakat Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Institusi Perbankan
- Biasiswa IKDAR
- Yayasan Negeri
- Zakat Tabung Haji
JARINGAN KERJASAMA BAGI KERJAYA :
i. Yayasan Pendidikan Al-Quran ADDIN Perak.
ii. Persataun Tahfiz Kedah Darul Aman (PETANDA)
iii. Persatuan Maahad Tahfiz Negeri Perak (PEMATAP)
iv. Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA)
v. Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS)
vi. Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA)
vii. Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA AL-QURAN)
JARINGAN KERJASAMA INSTITUSI BAGI SAMBUNGAN PENDIDIKAN:
Lepasan pelajar boleh memilih jaringan Universiti kerjasama dengan IKDAR. Antara Kerjasama yang telah dibuat bersama Institusi Pengajian tinggi adalah:
a. Kerjasama Institusi dalam Negara:
i. Universiti Selangor (UNISEL), Selangor
ii. Universiti Islam Selangor (UIS), Selangor
iii. Kolej Universiti Islam Johor, Sultan Ibrahim (KUIJSI)
iv. Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Kuala Kangsar, Perak
b. Kerjasama Institusi Luar Negara:
i. Universitas Islam Negeri Ar Raniry Banda Acheh, Indonesia
ii. Universitas Islam Negeri Antasari Bandarmasin, Indonesia