F432-005-3:2019
Pengenalan Kursus
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tahap 3 merupakan program latihan kemahiran yang memberi penekanan kepada aspek teknikal dan amali dalam bidang elektrik. Kursus ini dirangka khas untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang berpengetahuan, cekap dan berketerampilan dalam kerja-kerja pemasangan, penyelenggaraan serta pengujian sistem pendawaian elektrik mengikut piawaian keselamatan yang ditetapkan.
Pelatih akan mempelajari pengenalan dan pendedahan kepada sistem elektrik yang akan diguna pakai di industri atau bangunan-bangunan yang mempunyai voltan 3 fasa serta mempelajari sistem canggih yang terkini yang terdapat pada CoCU 6: Building Automation System.
Melalui tahap 3 ini, pelatih juga akan didedahkan kepada kemahiran lanjutan seperti merekabentuk sistem pendawaian, penyelesaian masalah teknikal yang kompleks, serta pelaksanaan kerja-kerja elektrik mengikut Akta Bekalan Elektrik dan piawaian Suruhanjaya Tenaga. Kursus ini mempersiapkan pelatih untuk mendapatkan Sijil Pendawai daripada pihak berkuasa berkaitan setelah memenuhi syarat-syarat tertentu.
Kelayakan ini membolehkan graduan untuk menceburi kerjaya dalam industri elektrik sama ada sebagai pendawai elektrik, juruteknik penyelenggaraan, atau memulakan perniagaan sendiri dalam bidang berkaitan. Program ini juga menjadi landasan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang kejuruteraan elektrik.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30