N821-001-3:2020
Sijil Kemahiran Malaysia – Pentadbiran Pejabat. Program ini merupakan program yang telah diluluskan pada tahun 2020 dan dibangunkan berkaitan teknologi dan keperluan industri persekitaran yang hijau. Program ini antara program yang merangkumi standard kecekapan Pentadbiran Pejabat yang dilihat begitu dominan dalam industri pentadbiran.
Oleh itu, Program Sijil Kemahiran Malaysia Pentadbiran Pejabat tahap 3 ini bertujuan bagi menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran dan berpengetahuan dalam pengurusan perniagaan seperti penerimaan tetamu kaunter hadapan pejabat, pengendalian kewangan pejabat, pengendalian inventori pejabat, pengendalian logistik pejabat, penyediaan dokumentasi pejabat dan penyeliaan pentadbiran staf yang memenuhi standard keperluan pekerjaan di dalam industri pengurusan sesuatu organisasi sama ada di peringkat awam atau swasta.
Pada tahap 3 Sijil Kemahiran Malaysia ini, para pelatih akan lebih dipraktikkan terhadap kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam penyediaan sesebuah dokumen penting organisasi dan pemahaman terhadap konsep pengurusan dan staf.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45