Kursus TVET
Video/ Produksi Filem (Penggambaran)

IT-071-3:2011

Pengenalan Kursus

Diploma Kemahiran Malaysia – Digital Media (Video/Filem Produksi Penggambaran) Program ini merupakan program kemahiran yang memberikan pendedahan kepada pelajar tentang latihan yang melibatkan daya kemahiran dari segi penghasilan kerja kursus, aktiviti kemahiran sama ada di dalam kolej atau di luar kolej.

Pelajar akan diberikan peluang untuk mengendalikan setiap peralatan yang disediakan untuk menghasilkan filem pendek, dokumentari, iklan komersil, video pesanan khidmat masyarakat dan sebagainya. Malah kursus penyiaran juga disediakan untuk pengetahuan pelajar dalam bidang media penyiaran.

Pada Tahap 2 & 3, pelajar akan didedahkan lebih kepada bahagian teknikal. Dan bagi mereka yang berada pada Tahap 4 pula akan diberi pendedahan lebih kepada tenaga mahir yang bakal digunakan, seperti cara penyediaan budget, bagaimana untuk melaksanakan pegambaran luar, proses untuk editing dan juga diberikan pendedahan penulisan skrip.

Antara peluang pekerjaan yang boleh diceburi oleh graduan Diploma Kemahiran Malaysia Digital Media (Video/Filem Produksi Penggambaran) :-

Penulis skrip (juga dikenali sebagai penulis skrin, jurutulis atau lakon layar) ialah seorang penulis yang mempraktikkan kemahiran menulis skrip, menulis lakon layar yang berasaskan media massa, seperti filem, program televisyen dan permainan video. Gaji : RM2500-RM3000.

Juru Fotografi bertanggungjawab membuat liputan filem/video bersuara atau tidak, membuat penggambaran rancangan khas dan bertanggungjawab ke atas mutu teknik penghantaran dan peralatan. Gaji : RM2500-RM3500.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. WARGANEGARA
1.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. KELAYAKAN AKADEMIK
2.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

3. UMUR
3.1 Hendaklah berumur diantara 15 sehingga 35 tahun untuk tahun semasa.

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 40


Tempoh Pengajian
15 Bulan

Prospek Kerjaya
Antara peluang pekerjaan yang boleh diceburi oleh graduan Diploma Kemahiran Malaysia Digital Media (Video/Filem Produksi Penggambaran) :- Penulis skrip (juga dikenali sebagai penulis skrin, jurutulis atau lakon layar) ialah seorang penulis yang mempraktikkan kemahiran menulis skrip, menulis lakon layar yang berasaskan media massa, seperti filem, program televisyen dan permainan video. Gaji : RM2500-RM3000. Juru Fotografi bertanggungjawab membuat liputan filem/video bersuara atau tidak, membuat penggambaran rancangan khas dan bertanggungjawab ke atas mutu teknik penghantaran dan peralatan. Gaji : RM2500-RM3500.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
MEATECH CREATIVE ACADEMY
Alamat
NO. 21G, JALAN REKO SENTRAL 2, REKO SENTRAL, 43000 KAJANG, SELANGOR.
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
NUR RAHIMAH BINTI ILLIAS
Telefon
03-8739 5684
Emel
mcda@meatech.edu.my
Laman Web
www.meatech.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Pinjaman Yuran Pengajian melalui Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
2. Pinjaman sara diri RM400/RM600/RM800* juga disediakan oleh pihak PTPK.
3. Penginapan pelajar juga disediakan oleh pihak kolej dengan bayaran RM 200.
4. Peluang pekerjaan bersama rakan industri.
5. Pembelajaran berasaskan "Industry Exposure".
6. Konsep pengajian adalah berasaskan pekerjaan di industri sebenar.
7. Bantuan Pinjaman Belian Komputer Riba (Laptop) RM2500.
8. Bantuan Pinjaman Pengangkutan RM500 (Semenanjung) & RM1000 (Sabah & Sarawak).