- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
DPAKK(BK)
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak Berkeperluan Khas yang ditawarkan adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran profesional dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dalam industri yang melibatkan kanak-kanak berkeperluan
khas seperti prasekolah, pusat penjagaan dan pembangunan kanak-kanak, pusat pengayaan kanak-kanak, pusat permainan kanak-kanak, taman tema dan sebagainya. Sepanjang tempoh pengajian, para pelajar akan diberikan latihan ilmiah dalam pelbagai strategi pengajaran secara bersepadu dan berpeluang untuk merasai pengalaman dalam alam pekerjaan yang sebenar.
1. Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
2. 3 kredit dalam mana-mana matapelajaran
Bil. Subjek : 3
Gred Minimum : C
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 0000 | TIADA SUBJEK DIKECUALIKAN |
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 45
Syarat Umum:
1. Bebas daripada rekod jenayah