KDC
Program Kursus Dalam Cuti (KDC) merupakan program separuh masa bagi Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran profesional dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Program ini juga dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan yang membolehkan mereka menyesuaikan diri dalam industri yang melibatkan kanak-kanak seperti prasekolah, pusat penjagaan dan pembangunan kanak-kanak, pusat pengayaan kanak-kanak, pusat permainan kanak-kanak, taman tema dan sebagainya. Sepanjang tempoh pengajian, para pelajar akan diberikan latihan ilmiah dalam pelbagai strategi pengajaran secara bersepadu dan berpeluang untuk merasai pengalaman dalam alam pekerjaan yang sebenar. Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dijalankan bertujuan menghasilkan graduan professional yang berketrampilan tinggi, berpengetahuan dan berkemahiran profesional dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Kursus ini akan dijalankan dalam waktu cuti sekolah.
1. Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 45
Syarat Umum:
1. Bebas daripada rekod jenayah