IT-070-4:2011
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam Pembangunan Kandungan Kreatif merupakan program latihan berasaskan kemahiran yang mempersiapkan pelajar untuk menjadi penggiat industri kreatif yang inovatif, berkemahiran tinggi dan relevan dengan keperluan semasa pasaran digital dan multimedia.
Kursus ini memberi penekanan kepada penghasilan kandungan visual dan digital yang merangkumi animasi, grafik, video, reka bentuk interaktif, dan naratif visual. Pelajar akan dilatih secara teori dan amali menggunakan perisian industri terkini serta pendekatan produksi sebenar, sejajar dengan kehendak industri seperti pengiklanan digital, penerbitan media, hiburan dan e-pembelajaran.
Dengan modul-modul yang dinamik dan berpaksikan projek, pelajar akan mengembangkan kreativiti, daya reka bentuk serta kemahiran teknikal yang diperlukan untuk mencipta kandungan yang bukan sahaja menarik, tetapi juga berimpak tinggi.
Tamatnya program ini melayakkan pelajar memperoleh Diploma Kemahiran Malaysia yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta membuka laluan kepada peluang kerjaya dalam pelbagai platform kreatif termasuk agensi media, studio produksi, startup digital dan freelance profesional.
DKM Pembangunan Kandungan Kreatif ialah platform terbaik untuk mencungkil bakat dan menjadikan kreativiti sebagai kerjaya masa depan.
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis