- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
I561-005-3:2022
Kursus Operasi Seni Kulinari merupakan kursus peningkatan tahap. Pelatih yang telah trampil kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 Penyediaan dan Penghasilan Makanan akan meneruskan ke kursus peningkatan tahap ini. Kursus Operasi Seni Kulinari merupakan lanjutan pembelajaran berkaitan seni kulinari bidang hospitaliti. Kursus ini melengkapkan pelatih dengan pengetahuan ,sikap profesionalisme dan didedahkan dengan tugas penghasilan dan pembuatan menu makanan yang lebih berat berbanding dengan tahap 2. Pembelajaran kursus ini mendedahkan para pelatih memikul tugasan yang lebih berat bagi melancarkan pergerakan operasi dapur panas dan sejuk.
Tahap 3 Commis 1/Commis 2 ialah individu penting dalam operasi panas dan dapur sejuk dan dikehendaki melakukan pelbagai operasi dapur. Aktiviti terlibat termasuk memantau prosedur kebersihan dan keselamatan dapur dan terlibat dalam pengeluaran makanan. Mereka juga memastikan pematuhan terhadap keselamatan makanan, kualiti tertinggi makanan, dan standard kebersihan pada setiap masa. Semua aktiviti ini memerlukan kakitangan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk memastikan aktiviti tersebut dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan mematuhi kepada prosedur keselamatan dan kesihatan.
Pelatih juga diajar dan dilatih mengolah serta berinovasi menu hidangan. Kemahiran keusahawanan diterapkan melalui aktiviti katering dan commercial kitchen yang dapat membimbing pelatih ke arah berkerjaya kendiri.
Pada tahap 3 , pelatih didedahkan dengan latihan industri di organisasi berkaitan untuk menyediakan peluang kepada pelatih bagi mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari semasa latihan berkaitan dengan kerjaya / profesion mereka dalam suasana persekitaran kerja yang sebenar. Pelatih berpeluang mempelajari tentang set kemahiran yang diperlukan, keperluan industri dan etika kerja. Secara langsung melatih pelatih menjadi pekerja terlatih bagi meningkatkan kebolehpasaran untuk diri mereka.
Pelatih perlu menguasai kesemua kemahiran dan pengetahuan dalam setiap modul sehingga ke peringkat kompeten.
Kesimpulanya, pendedahan pembelajaran sepanjang 10 bulan di tahap 3 memberi pengetahuan berkenaan operasi dan pergerakan lancar dapur. Memiliki sijil SKM tahap 3 menyediakan laluan kerjaya yang lebih baik dan meningkatkan peluang melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Berikut adalah senarai 10 modul pembelajaran tahap 3 kursus Operasi Seni Kulinari.
C01 I561-005-3:2022-C01 Monitor kitchen hygiene and safety procedure.
C02 I561-005-3:2022-C02 Produce salad dressings.
C03 I561-005-3:2022-C03 Produce sauces.
C04 I561-005-3:2022-C04 Produce soups (intermediate).
C05 I561-005-3:2022-C05 Produce potato dishes.
C06 I561-005-3:2022-C06 Produce rice and farinaceous.
C07 I561-005-3:2022-C07 Produce noodles.
C08 I561-005-3:2022-C08 Produce pasta.
C09 I561-005-3:2022-C09 Produce main course dishes.
C10 I561-005-3:2022-C10 Produce plated dessert.
PENYEDIAAN DAN PENGHASILAN MAKANAN [I561-005-2:2022] Atau
Penyediaan & Pembuatan Makanan [HT-012-2:2012]
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 30