- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
DWKA34
Pendedahan terhadap teori dan amali dalam proses kimpalan yang melibatkan keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW) dan sebagainya. Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan, latihan loji dan sebagainya. Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer. Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia merekabentuk, memeriksa dan menguji kerja-kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam [MC-024-3:2012] Atau
Proses Kimpalan Gas Logam [MC-025-3:2012] Atau
Proses Kimpalan Arka Gas Tungsten [MC-026-3:2012] Atau
Juruteknik Kimpalan Arka Logam Berperisai(Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat) [H-024-3] Atau
Juruteknik Kimpalan Arka Tungsten Gas (Keluli Karbon & Keluli Tahan Karat & Aluminium) [H-025-3] Atau
Proses Kimpalan Arka Berteras Logam [MC-027-3:2012]