Kursus TVET
Pemasangan dan Penyelenggaraan Satu Fasa Penyamanan Udara, Pengudaraan, Pemanasan (HVAC)

F432-007-3:2020

INTRA INTERNATIONAL COLLEGE, SELANGOR

Pengenalan Kursus

Kursus ini memberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam pengujian dan penyelenggaraan sistem penyamanan udara domestik, menganalisa dan merekabentuk susunatur sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja-kerja binaan berkaitan penyamanan udara serta mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan.

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
Kriteria yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Lepasan Sekolah, PMR / PT3 / SPM
Syarat Wajib

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Berumur
Syarat Wajib

Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45

DAN
03
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
04
Kriteria Utama
Tiada masalah penglihatan
Syarat Wajib
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Tempoh Pengajian
24 Bulan

Prospek Kerjaya
• Pembantu Jurutera Penyejukan dan Penyamanan Udara, • Penyelia Penyelenggaraan sistem pengudaraan bangunan. • Juruteknik Penyaman Udara Domestik dan Komersil. • Tenaga Pengajar.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INTRA INTERNATIONAL COLLEGE
Alamat
NO. 21 & 23, JALAN RAJA IDRIS, PEKAN KUALA SELANGOR
45000 KUALA SELANGOR, SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
THIRUVARASI A/P RAMASAMY
Telefon
03-32897554
Emel
plkintra@gmail.com
Laman Web
www.intra.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pembagunan Kemahiran(PTPK)
• Yuran Pengajian
• Elaun Sara Diri Pilihan RM400.00 / RM 600.00 / RM800.00 sebulan
• Pinjaman One-Off Pengangkutan Semenanjung RM500.00/ Sabah/Sarawak RM1000.00