- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
IT-030-3:2013
Kursus ini memberi penumpuan mengenai Teknologi Komputer Rangkaian pada masa kini bagi memenuhi keperluan pekerjaan sektor industri yang mempunyai daya saing yang tinggi dipasaran pekerjaan. Program ini diwujudkan untuk memperkenalkan pelajar kepada teori dan amali mengenai konsep rangkaian, rekabentuk, implementasi dan penyelenggaraan rangkaian komputer.
Pada akhir program, pelatih dapat mengetahui dan memahami asas sistem rangkaian dan cara-cara pemasangannya, berkebolehan memasang dan menguji dan membaikpulih sesuatu rangkaian dengan teknik yang betul dan sesuai, mengetahui komponen-komponen komputer serta spesifikasi dan penggunaannya, berkebolehan mengaplikasikan komputer dengan betul dan selamat, memahami langkah-langkah keselamatan penggunaan komputer dan juga meningkatkan pengetahuan kearah menceburi bidang rangkaian komputer.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
1. Kredit sekurang-kurangnya 3 subjek SPM
Bil. Subjek : 3
Gred Minimum : E
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
| 1449 | MATEMATIK |
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 45