- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
HT-012-2:2012
YAHOS School of Skills menjalankan program yang ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia berorientasikan kemahiran bagi lepasan sekolah dalam bidang Penyediaan & Pembuatan Makanan.
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Seni Kulinari atau nama rasminya Kursus Sijil Kemahiran Malaysia Penyediaan Dan Pembuatan Makanan adalah kursus untuk melatih pelajar dengan teknik-teknik memasak. Pelajar juga akan dilatih dalam pengendalian kebersihan, keselamatan dapur dan pengendalian makanan; penyediaan stok, sup dan sos panas; penyediaan sarapan pagi, pembuka selera (appetizer) dan pencuci mulut (dessert) serta pengurusan pentadbiran katering dan acara.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 45