Lain-lain Maklumat Berkaitan
Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) merupakan institusi TVET di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang dimikili oleh Menteri Besar Selangor (Incorporated). Sebagai sebuah institusi TVET, STDC menawarkan pensijilan kemahiran melalui akreditasi Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang diiktiraf. STDC komited dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri serta memacu pembangunan ekonomi menerusi pendidikan dan latihan teknikal yang berkualiti.
MENGAPA STDC ADALAH PILIHAN YANG TERBAIK?
1) Kampus serba lengkap dengan fasiliti terbaik.
2) Pengajar yang berkelayakan dan pakar dalam bidang.
3) Kaedah latihan 70% amali dan 30% teori.
4) Penginapan disediakan dengan kadar bayaran sebanyak RM150 sebulan.
5) Peluang ditemu duga oleh industri bagi penempatan kerjaya!
BANTUAN PEMBIAYAAN PENGAJIAN DISEDIAKAN (tertakluk kepada terma & syarat)*
1) Tajaan Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) oleh Kerajaan Negeri Selangor
2) Tajaan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS)
3) Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS)
4) Tajaan BUDI PNB - TVET oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB)
5) Pinjaman Latihan Kemahiran Islamik (PLK-i) oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
*sila rujuk laman web STDC untuk maklumat lanjut berkenaan syarat kelayakan dan manfaat/faedah yang diperolehi.
Jangan lepaskan peluang, serlahkan potensi anda dan bina masa depan melalui TVET!!!