- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
F432-005-2:2019
Industri Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa adalah merupakan multi-million industries yang melibatkan pelbagai sektor seperti minyak dan gas, pembinaan, pengangkutan, perkhidmatan, perundingan dan tenaga. Kebanyakan industri ini mempunyai potensi dan impak yang besar untuk pertumbuhan yang ketara kerana Malaysia sedang giat bergerak ke arah mencapai Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).
Kursus Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa Tahap 2 bertujuan melatih pelatih dalam pemasangan, penyelenggaraan, dan pembaikan sistem elektrik satu fasa yang digunakan dalam sektor perumahan, komersial, dan bangunan kecil. Kursus ini menekankan kemahiran teknikal seperti pendawaian elektrik, pemasangan peralatan elektrik, penyelenggaraan sistem, serta pematuhan terhadap piawaian keselamatan dan peraturan industri.
Melalui latihan amali yang menyeluruh, pelatih akan dilatih untuk mengesan, menganalisis, dan menyelesaikan masalah berkaitan sistem elektrik satu fasa. Selain itu, mereka juga akan didedahkan kepada aspek asas lukisan pendawaian, kawalan elektrik dan ujian kecekapan sistem. Dengan permintaan tinggi terhadap tenaga kerja mahir dalam bidang ini, kursus ini membuka peluang kerjaya dalam sektor pembinaan, penyelenggaraan elektrik, dan perkhidmatan teknikal.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 35