Kursus TVET
Operasi Pemasaran Digital

M731-001-3:2021

Pengenalan Kursus

Kursus modul ini direka untuk mendedahkan para peserta mengenai Digital Marketing. Pemasaran digital ialah strategi dan proses yang menjalankan pemasaran bagi memberi hebahan kepada audiens merentas saluran digital. Saluran digital termasuk paparan, carian, mudah alih, sosial dan video. Pemasaran digital merangkumi semua usaha pemasaran yang menggunakan peranti elektronik dan internet. Perniagaan memanfaatkan saluran digital seperti enjin carian, sosial media, e-mel dan tapak web (website) lain untuk berhubung dengan pelanggan semasa dan bakal pelanggan.

Pemasaran digital selalunya lebih menjimatkan kos daripada pemasaran biasa atau traditional, dan membolehkan perniagaan mengukur kejayaan setiap hari atau mengikut keperluan. Pemasaran digital terdiri daripada beberapa bidang atau kategori utama iaitu media sosial pemasaran, pengoptimuman enjin carian, pemasaran enjin carian, e-dagang pemasaran, pemasaran mudah alih dan pemasaran e-mel.

Antara manfaat yang akan diperoleh melalui kursus ini:
a) Pemantapan ilmu kemahiran digital dan pemasaran atas talian (digital) yang praktikal dan berkesan secara keseluruhan.
b) Peluang pekerjaan di industri yang memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran.
c) Menghasilkan dan meningkatkan pendapatan sedia ada untuk keperluan peserta.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

2. Had Umur
2.1

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 60


Dan

3. Warganegara
3.1 Calon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. Bumiputera
4.1
Calon Bumiputera Sahaja

Dan

5. Syarat Tambahan
5.1
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Tempoh Pengajian
15 Bulan

Prospek Kerjaya
Entrepreneurship, Digital Marketing Executive, Online Marketing Coordinator, Social Media Specialist.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
Funnel Evo College
Alamat
Level 2-1, Jalan PJU 5/20B, Kota Damansara

Premis tambahan:
76-1,76-2,76-3 & 76-M, Jalan PJU 5/21, The Strand, Kota Damansara 47810 Petaling Jaya
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
SHARIFFUDIN BIN SAHEDAN
Telefon
018-9064390
Emel
admin@funnelevo.edu.my
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
-