DCV
Program ini menyediakan pendidikan dan latihan dalam kajian video dan filem dengan penekanan khusus pada teknologi digital. Kursus yang ditawarkan seperti Asas Seni dan Reka Bentuk, Asas Lukisan, Sejarah Seni, Teknologi Video Audio, Penyuntingan dan Penggubahan, Pengajian Filem, Pengenalan kepada Penghasilan Video, Pengarahan Lakonan, Kajian Penyiaran, Fotografi Digital, Kajian Visual, Pengimejan Digital, Tipografi , Pengurusan Acara, Penghasilan Video dalam Pengiklanan dan Drama, Penulisan Skrip dan Sinematografi. Projek Media Video adalah kursus semester akhir, yang menyediakan pengetahuan mendalam untuk membangunkan kemahiran pelajar.
Pengetahuan dan kemahiran dalam perisian komputer dan peralatan pengeluaran menyediakan pelajar untuk menceburi bidang kerjaya yang luas dalam pelbagai industri penyiaran dan filem. Selain kursus teknikal, pelajar juga diajar Bahasa Inggeris untuk Komunikasi, Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral, Tamadun Islam dan Kokurikulum untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam kemahiran insaniah.