C131-004-3:2023
Kursus modul ini direka untuk mendedahkan kepada pelatih tentang Pembuatan Seni Kraf Tenunan Warisan khusus di dalam Tenunan Pua. Pelatih diajar asas kemahiran dan kreativiti, asas teknikal dan teknologi di dalam bidang kraf tenunan pua khusus dalam kerja-kerja pembuatan tekstil tenunan bermula dari proses terawal seperti melikas, mewarna, menganing,, mengarat dan sehingga selesai menenun. Proses pengajaran dan pembelajaran ini mengikut Kurikulum Pengajian Seni Kraf Tenunan yang ditetapkan. Matlamat kursus juga adalah melahirkan graduan seni kraf sebagai Jurutenun yang berkemahiran dalam bidang tenunan bagi memenuhi keperluan industri kraf.
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 35
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis