Kursus TVET
SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI AUTOMOTIF (PENYELENGGARAAN KERETA)

SAK 03

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA JITRA, KEDAH

Pengenalan Kursus

Pelajar akan didedahkan dengan pengajaran secara teori dan praktikal tentang teknologi kenderaan bermotor seperti pemeriksaan kenderaan berkala, sistem bahan api, sistem elektrik kenderaan bermotor, sistem penghantaran bermotor, sistem pembaikan klac dan brek, pengimbangan kenderaan bermotor dan sistem stereng, tayar dan pembaikan sistem ampaian dan juga sistem penyelenggaraan penyaman udara. Selain itu, pelajar juga akan diperkenalkan kepada enjin berkuasa turbo. Seterusnya, pelajar akan didedahkan kepada penyeliaan pengurusan yang merangkumi teknik komunikasi, pengurusan kerja, keselamatan dan kesihatan, bajet dan asas pengurusan dan penyeliaan pekerja.

Tahap Pengajian

Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Pra-Syarat Kursus
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Wajib

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
02
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30

DAN
03
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
1. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib)
DAN
04
Kriteria Utama
Warganegara Malaysia
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja

Tempoh Pengajian
24 Bulan

Prospek Kerjaya
Mekanik, Juruteknik servis kenderaan, Penasihat servis (Service Advisor), Pengusaha bengkel servis, Pengusaha bengkel tayar, Pengusaha bengkel automotif, Pengusaha kedai aksesori automotif

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA JITRA
Alamat
KM. 23, JALAN CHANGLUN,
06000 JITRA KEDAH
Negeri
KEDAH
Penyelaras
HASNIWATI BT HALIM
Telefon
04-9174676
Emel
hasniwati@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
ELAUN : RM 100 SEBULAN
ELAUN LATIHAN INDUSTRI: RM300
PELUANG PEKERJAAN DAN LATIHAN INDUSTRI BERSAMA SYARIKAT YANG MENANDATANGANI MOU
PENGINAPAN DAN MAKAN MINUM : DISEDIAKAN
KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI: DISEDIAKAN