- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
FND0101
Program ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai rekaan fesyen pembuatan pakaian wanita terkini. Sebagai trend semasa dalam kombinasi warna dalam dunia fesyen, pelajar akan mengadakan pertunjukan fesyen sebagai salah satu cara untuk menonjolkan bakat mereka di dalam menguasai dunia rekaan fesyen. Pelajar diperkenalkan dengan teknik memotong, menjahit dan menguasai mesin-mesin jahit terkini supaya mereka dapat memahami pengenalan awal kepada senario industri fesyen di negara ini.
Penekanan diberikan kepada cara penggunaan peralatan jahitan dan bahan-bahan pakaian, rekaan baju serta pelbagai jenis jahitan pakaian wanita. Kursus ini mampu memberi pendedahan kemahiran yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi kehendak pasaran industri.
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 70
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis