- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
SMPU03
Program ini bertujuan untuk melahirkan pekerja separa mahir dalam bidang kemahiran penyamanan udara (airconditioning) dan penyejukan (refrigeration) yang melibatkan industri pembuatan makanan berteknologi tinggi, perhotelan, industri makanan sejukbeku, industri teknologi hijau dan industri perkhidmatan atau servis. Kaedah pembelajaran adalah berdasarkan 30% teori dan 70% amali. Melalui program ini, para pelajar akan mempunyai kemahiran yang kompeten dalam subjek yang diajar di Tahap 2 iaitu Pengenalan Kepada Sistem Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara, Prinsip Asas Elektrik dan Kawalan Motor, Asas Ketukangan besi dan Penyambungan Paip, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya. Di Tahap 3 pelajar akan didedahkan dengan subjek Sistem Penyejukbekuan Komersial, Rekabentuk Ducting Hvac, E-keusahawanan, Lukisan Berbantu Komputer (Autocad).
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
1. Tamat Tingkatan 5
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis