- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
TF01
Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Tahfiz adalah laluan pembelajaran yang menggabungkan unsur TVET dan Tahfiz iaitu latihan kemahiran serta peruntukan masa program yang mesra Al-Quran dan pengulangan hafazan bagi mewujudkan dan melahirkan Huffaz generasi teknokrat MADANI. Program ini juga akan membuka peluang kepada Huffaz lepasan institusi pengajian Al Quran/Tahfiz dan madarasah bagi mengikuti program TVET di ILP Selandar di samping meneruskan pengajian dan pemantapan hafazan sedia ada. Laluan kerjaya bagi Huffaz yang mengikuti program ini tersedia sehingga ke peringkat Diploma dan Ijazah.
Kursus ini direka bentuk untuk mengintegrasikan konsep pembelajaran berasaskan kompetensi yang menggabungkan elemen penting dengan aspek teori sistem komputer, termasuk latihan hands-on menggunakan pendekatan kerja berpasukan yang relevan sepertimana yang diamalkan di dalam industri pengkomputeran.
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 35
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Syarat Umum:
1. menguasai tahap hafazan Al-Quran sekurang-kurangnya 3 juzuk
2. beragama Islam