BAN0301
Kursus Bread Artisan adalah program latihan yang memberi tumpuan kepada seni pembuatan roti secara tradisional dan moden, dengan penekanan pada penggunaan teknik artisanal untuk menghasilkan roti berkualiti tinggi. Dalam kursus ini, peserta akan mempelajari pelbagai aspek pembuatan roti, dari pemilihan bahan-bahan asas hingga teknik fermentasi, pembentukan, dan pembakaran roti. Kursus ini direka untuk mereka yang berminat untuk mendalami kemahiran pembuatan roti dan berhasrat untuk bekerja sebagai pembuat roti profesional atau memulakan perniagaan roti mereka sendiri.
Umur Minimum : 15
Umur Maksimum : 70
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis