SMPU03
Teknologi PPU mendapat Pentauliahan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk menjalankan dua kursus Sepenuh Masa menggunakan kod NOSS ME-020-3:2012 iaitu Penyeliaan, Pemasangan dan Penyelenggaraan HVAC (Sijil).
Program ini bertujuan untuk melahirkan pekerja separa mahir dalam bidang kemahiran penyamanan udara (airconditioning) dan penyejukkan (refrigeration) yang melibatkan industri pembuatan makanan berteknologi tinggi, perhotelan, industri makanan sejukbeku, industri teknologi hijau dan industri perkhidmatan atau servis
Kaedah pembelajaran adalah berdasarkan 30-40% teori dan 60-70% amali. Melalui program ini, para pelajar akan mempunyai kemahiran yang kompeten dalam subjek yang diajar di Tahap 2 iaitu Pengenalan Kepada Sistem Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara, Prinsip Asas Elektrik dan Kawalan Motor, Asas Ketukangan besi dan Penyambungan Paip, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya. Di Tahap 3 pelajar akan didedahkan dengan subjek Sistem Penyejukbekuan Komersial, Rekabentuk Ducting Hvac, E-keusahawanan, Lukisan Berbantu Komputer (Autocad), Rekabentuk Sistem Perpaipan HVAC dan sebagainya. Manakala untuk Tahap 4 (Diploma) pelajar akan didedahkan dengan subjek-subjek seperti Sistem Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Industri, Dokumentasi Tender HVAC, Proses Rancangan dan Pemantauan HVAC, Pengiraan Kos Projek HVAC, Projek Akhir dan lain-lain.
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
1. Tamat Tingkatan 5
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis