Kursus TVET
Sijil Teknologi Pembaikan Struktur Pesawat (Kepingan Logam)

STSP03

Pengenalan Kursus

Kursus ini akan memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembaikan struktur pesawat. Dalam kursus ini pelajar akan mempelajari penyelenggaraan struktur pesawat yang melibatkan pemeriksaan, penggantian rivet serta pencegahan corosion menggunapakai teknik NDT (None DestructionTest) mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak manufacturer seperti Boeing dan Airbus.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1 Berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35


Dan

2. Warganegara
2.1 Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. Syarat Persekolahan
3.1 Calon mestilah

1. Tamat Tingkatan 5

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH

Atau

3.2 Calon mestilah

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. Syarat Am Kemasukan
4.1 Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental,pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali.
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Tempoh Pengajian
27 Bulan

Prospek Kerjaya
Juruteknik Struktur Logam Bahagian Pesawat. Mereka bertanggungjawab untuk mengendali dan melaksanakan operasi pembaikan struktur pesawat dalam bidang penyelenggaraan pesawat.

Juruteknik ini juga memainkan peranan dalam memastikan kelancaran operasi perkhidmatan penyelenggaraan pesawat, daripada operasi barisan hadapan sehingga ke operasi bengkel. Individu yang memegang jawatan ini mempunyai pengetahuan teknikal dan kecekapan yang tinggi di samping tahap profesionalisme organisasi yang optimum.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS SHAH ALAM (ADTEC SHAH ALAM)
Alamat
LOT 5934, BATU 6
OFF JALAN BUKIT KEMUNING SEKSYEN 34
40470 SHAH ALAM SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
FAHERNIZAM BIN RUSSALI
Telefon
03-51675831/5832/5833
Emel
faherinizam@jtm.gov.my
Laman Web
www.adtecsa.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 PERCUMA Yuran Pengajian
🎉 PERCUMA Penginapan
🎉 PERCUMA Makan & Minum
🎉 Wang Saku RM100/bulan
🎉 Elaun Praktikal RM300/bulan
🎉 Elaun OKU RM300/bulan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan