Kursus TVET
Diploma Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (DKM Tahap 4)

DMPU34

Pengenalan Kursus

Kursus Diploma Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara ini bertujuan memberi latihan dalam bidang teknologi penyejukbekuan dan penyamanan udara dengan memberi penekanan kepada aspek teori dan amali dalam pengujian dan penyelenggaraan sistem penyamanan udara domestik/industri, menganalisa dan merebentuk susunatur sistem penyamanan udara, menyediakan laporan pemeriksaan penyelenggaraan sistem penyejukbekuan dan penyamanan udara, pengurusan kerja-kerja binaan berkaitan penyamanan udara serta mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1 Pemohon berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35


Dan

2. Warganegara
2.1 Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. Kelayakan Akademik
3.1 Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut

Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC [ME-020-3:2012] Atau

Juruteknik Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara Domestik [C-010-3] Atau

Juruteknik Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara Kormersil [C-040-3]


Dan

4. Syarat Am Kemasukan
4.1 Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental,pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali.
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Tempoh Pengajian
16 Bulan

Prospek Kerjaya
Pembantu Jurutera Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Penyelia Pemasangan dan Penyelenggaraan Sistem Ventilasi, Juruteknik Kanan Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Usahawan bidang Penyejukbekuan & Penyamanan Udara.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS MIRI (ILP MIRI)
Alamat
LOT 3226, BLOK 6
MUKIM BANDAR BARU PERMY JAYA
KUALA BARAM, MIRI
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
En Mohd Ikram bin Mohamed
Telefon
085-644384
Emel
ikram@jtm.gov.my
Laman Web
http://www.ilpmiri.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan penginapan disediakan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)