- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
SMET03
Objektif kursus Juruelektrik ialah memberi pengetahuan dan kemahiran di dalam Pendawaian Domestik/Industri Tiga Fasa. Ia menitikberatkan pengalaman amali di samping pengetahuan tentang keselamatan,pengetahuan teknikal dan lain-lain penerangan berkaitan bagi membolehkan pelajar-pelajar memperolehi latihan yang lebih mendalam di bengkel dan di industri.
Dengan ini pelajar-pelajar akan lebih berupaya dalam menghadapi masalah dan risiko dalam kerja-kerja harian antara lain termasuk bekerja dengan alat-alat dan perkakas moden.
Di samping itu juga,kursus Jurulektrik yang dijalankan bagi melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing serta meninggikan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan kea rah pembangunan negara.
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
1. LULUS
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
2.
LULUS Matematik / Matematik Tambahan
Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1449 | MATEMATIK |
| 3472 | MATEMATIK TAMBAHAN |
3.
LULUS Sains / Sains Tambahan / Fizik / Kimia / Subjek Teknikal berikut:
Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1511 | SAINS |
| 4561 | SAINS TAMBAHAN |
| 4531 | FIZIK |
| 4541 | KIMIA |
| 3762 | PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK |
| 7104 | PENDAWAIAN DOMESTIK |
| 7109 | MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK |