Kursus TVET
Diploma Teknologi Pembuatan Pemesinan #

DFPP34

Pengenalan Kursus

Program Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) diwujudkan bagi memenuhi keperluan meluas pekerjaan dalam sektor industri pembuatan. Bidang ini menggabungkan latihan dalam bentuk teori dan praktikal yang menekankan kemahiran dalam pengendalian mesin konventional, mesin CNC, perisian CADCAM dan penghasilan jig & fixture. Pelajar akan didedahkan secara mendalam berkaitan penggunaan mesin larik, mesin kisar, mesin canai samada dalam bentuk konventional atau CNC. Pelajar juga akan didedahkan dengan penggunaan perisian CADCAM dan rekabentuk & pembuatan Jig Fixture. Di akhir program, pelajar dijangka akan dapat menguasai kemahiran menghasilkan program CNC, jig fixture dan komponen-komponen berketepatan tinggi dengan menggunakan mesin-mesin CNC dan perisian CADCAM yang dipelajari.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Umur
1.1 Berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35


Dan

2. Warganegara
2.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. Syarat Am Kemasukan
3.1 Calon tidak mempunyai kurang upaya Pendengaran/ Penglihatan/ Pertuturan/ Fizikal/ Pembelajaran/ Mental/ Pelbagai yang menyukarkan kerja amal
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)

Dan

4. Kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3
4.1 Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang tersebut

Juruteknik Pemesinan CNC [H-013-3] Atau

Juruteknik Mesin CNC [MC-032-3] Atau

Pemesin (Operasi Larik) [H-014-3] Atau

Pemesin (Operasi Kisar) [H-015-3] Atau

Pemesin (Operasi Canai) [H-016-3] Atau

Pemesin Kanan [MC-050-3] Atau

Operasi Pemesinan [MC-050-3:2012] Atau

Operasi Pemesinan [MC-050-3:2015]


Tempoh Pengajian
16 Bulan

Prospek Kerjaya
Graduan program Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) berpeluang menceburi kerjaya sebagai Penolong Jurutera/Juruteknik Pembuatan, Penolong Jurutera/Juruteknik Programmer CNC, Penolong Jurutera/Juruteknik Mesin CNC, Penolong Jurutera / Juruteknik CADCAM, Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan lain-lain pekerjaan berkaitan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) BATU PAHAT
Alamat
KM 8, JALAN TANJUNG LABUH,
MUKIM MINYAK BEKU,
83000 BATU PAHAT, JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
NOR AZIMAH BT ABU ZARIM
Telefon
07-4285296
Emel
mmbjbr@gmail.com
Laman Web
www.adtecbp.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
🎉 Persijilan diiktiraf JPK
🎉 Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
🎉 Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)