Kursus TVET
Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan) (DKM Tahap 4)

DFPP34

ADTEC JTM KAMPUS SHAH ALAM (ADTEC SHAH ALAM), SELANGOR

Pengenalan Kursus

Kursus ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan yang digunakan dalam Teknologi Pembuatan. Ianya mengandungi dutiโ€duti yang merangkumi konteks yang luas bersesuaian dengan pembangunan industri terkini. Dalam tempoh masa ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan Rekabentuk dan Analisis Kejuruteraan, Pembuatan Berbantu Komputer, Kawalan Kuaiti dan Pengurusan Pembuatan. Pelajar akan menggunakan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari bagi membangunkan Projek Tahun Akhir dan menjalani latihan industri di hujung semester latihan. Pelajar juga dikehendaki terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum dan sukan. Pelajar akan dilatih agar boleh merekabentuk dan membangunkan atau mengubahsuai dan mempertingkatkan sistem atau peralatan yang digunapakai dalam industri proses dan pembuatan di samping mematuhi prosedur dan peraturan keselamatan yang ditetapkan.

Tahap Pengajian

Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Pra-Syarat Kursus
Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon
01
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib
Pemohon berumur 17 hingga 35 tahun

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35

DAN
02
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Pemohon adalah
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
03
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Wajib
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU bidang berikut

Operasi Pemesinan [MC-050-3:2015] Atau

Operasi Pemesinan [MC-050-3:2012] Atau

Pemesin Kanan [MC-050-3] Atau

Juruteknik Mesin CNC [MC-032-3] Atau

Pemesin (Operasi Larik) [H-014-3] Atau

Pemesin (Operasi Kisar) [H-015-3] Atau

Pemesin (Operasi Canai) [H-016-3] Atau

Juruteknik Pemesinan CNC [H-013-3] Atau

Operasi Pemesinan [MC-050-3:2017] Atau

OPERASI PEMESINAN CNC [C259-006-3:2020]

DAN
04
Kriteria Utama
Syarat Am Kemasukan
Syarat Wajib
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal, mental,pembelajaran atau fizikal yang menyukarkan kerja-kerja amali.
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Tempoh Pengajian
16 Bulan

Prospek Kerjaya
Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung-kait dengan bidang pemesinan logam. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah sebagai penolong jurutera di dalam industri kejuruteraan dan pembuatan atau penyelia operasi mesin di dalam bidang pemesinan logam.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS SHAH ALAM (ADTEC SHAH ALAM)
Alamat
ADTEC JTM KAMPUS SHAH ALAM, 5934-1, JALAN BUKIT KEMUNING, SEKSYEN 32, 40460 SHAH ALAM, SELANGOR
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
ZARINA BINTI IBRAHIM
Telefon
03-51675888/ 03-51675831/ 03-51675832/ 03-51675833
Emel
zarina.ibrahim@jtm.gov.my
Laman Web
www.adtecsa.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
๐ŸŽ‰ Persijilan diiktiraf JPK
๐ŸŽ‰ Peluang pekerjaan selepas tamat latihan
๐ŸŽ‰ Kemudahan penginapan disediakan
๐ŸŽ‰ Kemudahan pinjaman latihan boleh dipohon melalui Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)