DMEK34
Diploma Teknologi Elektrik (Kuasa) diwujudkan bertujuan untuk memberi latihan kemahiran di peringkat teknologi tinggi bagi pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan memberi laluan kepada mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang ini. Selain menekankan aspek teori atau pengetahuan berkaitan, kursus ini juga memberi penekanan kepada kemahiran yang dalam mereka bentuk dan membuat anggaran kos bagi kerja-kerja elektrik, menggunakan peralatan ujian dan perlindungan pemasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan, membuat pemasangan dan pemeriksaan bekalan elektrik, menyelenggara sistem pneumatik, hidraulik dan automasi, pengulang-alik, kotak kawalan janakuasa dan kemahiran penyeliaan kerja-kerja berkaitan elektrik disamping mematuhi prosedur dan peraturan keselamatan yang di tetapkan
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Tiga Fasa [EE-320-3:2012] Atau
Juruteknik Elektrik Kanan [C-051-3] Atau
Juruteknik Elektrik Kanan [C-050-3] Atau
Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa [F432-005-3:2019]
Syarat Umum:
1. Memiliki Perakuan Kekompetenan Pendawai (PW1/PW2/PW3/PW4/PW5/PW6) daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) atau memiliki Sijil Politeknik (Kejuruteraan Elektrik)