- Utama
-
Info
-
Manual Pengguna
-
Bantuan
DMET34
Program ini bertujuan untuk melahirkan pekerja separa mahir dalam bidang kemahiran elektrik yang melibatkan industri pelbagai sektor seperti minyak dan gas, pembinaan,pengangkutan, perkhidmatan, perundingan dan tenaga.
Para pelajar akan mempunyai kemahiran yang kompeten dalam menyatakan kecekapan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti seperti papan suis utama voltan rendah, pemasangan dan penyelenggaraan papan suis, penyelenggaraan transformer , pemasangan dan penyelenggaraan sistem kabel bawah tanah voltan rendah, pemasangan dan penyelenggaraan sistem talian atas voltan rendah, penghawa dingin bangunan dan penyelesaian masalah sistem pengudaraan mekanikal, pemasangan soft starter dan
penyelenggaraan, penyeliaan pelaksanaan projek elektrik, pemasangan PLC serta pemasangan dan penyelenggaraan sistem motor DC.
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik-Tiga Fasa [EE-320-3:2012] Atau
Juruteknik Elektrik Kanan [C-051-3] Atau
Juruteknik Elektrik Kanan [C-050-3] Atau
Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa [F432-005-3:2019]
Syarat Umum:
1. Memiliki Perakuan Kekompetenan Pendawai (PW1/PW2/PW3/PW4/PW5/PW6) daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) atau memiliki Sijil Politeknik (Kejuruteraan Elektrik)