Diploma Teknologi Pembuatan Pemesinan (DKM Tahap 4) #
DFPP34
Pengenalan Kursus
Kursus ini akan memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Pemesinan.
Kursus ini direka bentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam mereka bentuk, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan yang digunakan dalam Teknologi Pembuatan.
Ianya mengandungi kerja-kerja yang merangkumi konteks yang luas bersesuaian dengan pembangunan industri terkini.
Dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan Lukisan dan Reka Bentuk Kejuruteraan, Penyelenggaraan Mesin, Penggunaan Mesin Kisar, Mesin Larik dan Mesin Canai jenis konvensional dan CNC,
Penggunaan Mesin EDM Die Sinking dan Wire Cut. Selain daripada itu, pelajar juga akan mempelajari subjek penyeliaan dan pengurusan.
Maklumat Latihan TVET
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Dan
Juruteknik Pemesinan CNC [H-013-3] Atau
Juruteknik Mesin CNC [MC-032-3] Atau
Pemesin (Operasi Larik) [H-014-3] Atau
Pemesin (Operasi Kisar) [H-015-3] Atau
Pemesin (Operasi Canai) [H-016-3] Atau
Pemesin Kanan [MC-050-3] Atau
Operasi Pemesinan [MC-050-3:2012] Atau
Operasi Pemesinan [MC-050-3:2017]
Dan
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)