Kursus TVET
DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF

DMD

Pengenalan Kursus

Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kerja-kerja menservis kenderaan bermotor (automotif) termasuk sistem enjin, sistem casis, sistem transmisi dan lain-lain. Peningkatan kemahiran pengurusan, penyeliaan dan pedagogi dalam industri automotif juga dititikberatkan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Warganegara
1.1 Pemohon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Had Umur
2.1 Pemohon mestilah

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 21


Dan

3. Status Kesihatan
3.1 Pemohon mestilah
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

4. Kelayakan Akademik
4.1 Memiliki SPM tahun 2024 atau 2025 Mendapat kepujian Bahasa Melayu 1103 dan kepujian dua (2) mata pelajaran lain dan Lulus Sejarah 1249

1. Lulus matapelajaran Sejarah

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1249 SEJARAH

2. Kepujian Bahasa Melayu

Bahasa Melayu

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU

3. Kepujian mana-mana dua(2) matapelajaran berikut

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU

Atau

4.2 Lulus Sejarah 1249 dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

Automotif-Servis Selepas Jualan [TP-300-3:2013]


Dan

5. Keupayaan Fizikal dan Temuduga
5.1

Syarat Umum:
1. Tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
2. Hadir dan Lulus Temuduga Institusi


Tempoh Pengajian
30 Bulan

Prospek Kerjaya
Penolong Jurutera
Juruteknik
Pegawai Latihan Vokasional
Tentera (Bahagian Mekanik)
Polis (Bahagian Mekanik)
Juruteknik Kenderaan (kerajaan/swasta)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ VOKASIONAL TANJUNG PUTERI
Alamat
774, JALAN YAHYA AL-DATAR, 80300 JOHOR BAHRU, JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
WAN MOHD HASLAN BIN WAN SHUHAIMI
Telefon
07-2220051
Emel
jha1001@moe.edu.my
Laman Web
bpltv.moe.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Yuran Koperasi:
- Pelajar yang tidak tinggal di asrama : RM 223.00
- Pelajar Asrama : RM 308.00

Yuran Makan Asrama :
- Pendapatan ibubapa/penjaga RM 4,999.00 kebawah : RM169.00
- Pendapatan ibubapa/penjaga RM 5,000.00 ke atas : RM 507.00