Kursus TVET
DIPLOMA KOSMETOLOGI

DHD

Pengenalan Kursus

Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam asas rawatan perkhidmatan estetik. Program ini turut menerapkan kemahiran dalam bidang yang mencakupi anatomi dan fisiologi manusia, terapi urutan, solekan lanjutan dan terapi khas muka. Selain itu, penumpuan kepakaran dalam bidang yang relevan seperti pentadbiran perniagaan, jualan, pemasaran dan pentadbiran operasi estetik turut diterapkan agar mampu melaksanakan tugas dengan berkesan dalam industri.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Warganegara
1.1 Pemohon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Had Umur
2.1 Pemohon mestilah

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 21


Dan

3. Status Kesihatan
3.1 Pemohon mestilah
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

4. Kelayakan Akademik
4.1 Pemohon mestilah terdiri daripada calon lepasan SPM tahun 2024 dan 2025 sahaja. Mendapat KEPUJIAN Bahasa Melayu 1103 dan kepujian dua (2) mata pelajaran lain dan LULUS Sejarah 1249

1. Lulus Matapelajaran Sejarah

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1249 SEJARAH

2. Kepujian Bahasa Melayu

Bahasa Melayu

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU

3. Kepujian mana - mana dua (2) subjek mata pelajaran berikut

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU

Atau

4.2 Pemohon mestilah LULUS Sejarah 1249 dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3, atau KEPUJIAN dua (2) mata pelajaran SPM iaitu Sejarah 1249 dan Bahasa Inggeris 1119 serta memiliki Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang

Perkhidmatan Terapi Kecantikan [S960-002-2:2020]


Dan

5. Syarat Khusus
5.1 Pemohon mestilah

Syarat Umum:
1. Tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
2. Hadir dan Lulus Temu Duga Institusi
3. Program hanya dibuka untuk pelajar PEREMPUAN sahaja
4. Pemohon TIDAK memakai pendakap gigi


Tempoh Pengajian
30 Bulan

Prospek Kerjaya
Juru Kecantikan
Juru Estetik
Jurusolek
Juruteknik Kuku
Terapi Urut
Penasihat Perniagaan Kecantikan
Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ VOKASIONAL (ERT) AZIZAH
Alamat
JALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU, JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
SURIA BINTI SULAIMAN
Telefon
07-2361040
Emel
kvazizah@gmail.com, jha1002@moe.gov.my
Laman Web
bpltv.moe.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Yuran Program RM 635.00
Yuran Asrama RM 360.00 untuk pendapatan keluarga kurang daripada RM 5000, RM 860.00 untuk pendapatan lebih daripada RM 5000
Keperluan Koperasi RM 255.00 untuk pelajar perempuan TANPA ASRAMA dan RM 380.00 untuk pelajar perempuan dengan ASRAMA