Kursus TVET
DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN

DCA

Pengenalan Kursus

Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan konsep pembinaan sesuatu struktur, konsep lukisan pelan dan asas kejuruteraan pembinaan. Program ini turut memberi tumpuan kepada lukisan berbantukan komputer (AutoCAD), Permodelan Maklumat Bangunan (BIM), bahan binaan, ukur kejuruteraan, mekanik tanah, sistem pembinaan industrial (IBS) dan konsep bangunan hijau bagi memenuhi keperluan industri pembinaan. Selain itu, kepakaran dalam penyelenggaraan bangunan, keselamatan industri amat diutamakan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Warganegara
1.1 Pemohon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Had Umur
2.1 Pemohon mestilah

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 21


Dan

3. Status Kesihatan
3.1 Pemohon mestilah
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

4. Kelayakan Akademik
4.1 Pemohon mestilah calon lepasan SPM Tahun 2024 atau 2025 dengan Kepujian Bahasa Melayu 1103 dan Kepujian dua (2) matapelajaran lain dan Lulus Sejarah 1249

1. Lulus Mata Pelajaran Sejarah

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1249 SEJARAH

2. Kepujian Bahasa Melayu

Bahasa Melayu

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU

3. Kepujian mana-mana mata pelajaran berikut

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU

Atau

4.2 Lulus Sejarah 1249 dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3; atau Kepujian dua (2) matapelajaran SPM iaitu Sejarah 1249 dan Bahasa Inggeris 1119 serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang

Pembinaan Bangunan Residensi [BC-030-3:2013]


Dan

5. Keupayaan Fizikal dan Lulus Temu Duga
5.1

Syarat Umum:
1. Tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
2. Hadir dan lulus temu duga institusi


Tempoh Pengajian
30 Bulan

Prospek Kerjaya
Penyelia Tapak Binaan
Juruteknik
Pembantu Jurutera
Penyelenggaraan Bangunan
Pegawai Kesihatan dan Keselamatan
Juruukur Bahan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ VOKASIONAL PORT DICKSON
Alamat
KM 5, JALAN SEREMBAN
71000 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
ZAIDI BIN MD SAIRI @ HJ SAID
Telefon
06-6512266
Emel
nha2002@moe.edu.my
Laman Web
https://kvportdickson.moe.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
-