Kursus TVET
DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK

DEA

Pengenalan Kursus

Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk dan membuat anggaran kos bagi kerja-kerja elektrik, menggunakan peralatan ujian dan perlindungan pemasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan, membuat pemasangan dan pemeriksaan bekalan elektrik, menyelenggara sistem pneumatik, hidraulik dan automasi, bekalan kecemasan, pengulang-alik, kotak kawalan janakuasa dan kemahiran penyeliaan kerja-kerja berkaitan elektrik.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Warganegara
1.1 Pemohon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Had Umur
2.1 Pemohon mestilah

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 21


Dan

3. Status Kesihatan- Sihat Badan Dan Tiada Masalah Rabun Warna
3.1
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

4. Kelayakan Akademik
4.1 Pemohon mestilah lepasan SPM tahun 2024 atau 2025 dengan kepujian Bahasa Melayu 1103 dan kepujian dua (2) mata pelajaran lain dan lulus Sejarah 1249

1. Lulus Mata Pelajaran Sejarah

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1249 SEJARAH

2. Kepujian Bahasa Melayu

Kepujian Bahasa Melayu

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek

3. Kepujian mana-mana dua mata pelajaran

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek

Atau

4.2 Memiliki SPM tahun 2024 atau 2025 serta mendapat kepujian Bahasa Melayu1103 dan kepujian dua matapelajaran SPM iaitu Sejarah 1249 dan memiliki Persijilan Kemahiran Malaysia Tahap 3 atau ke Atas

Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa [F432-005-3:2019] Atau

Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa [F432-005-2:2019]


Atau

4.3 Memiliki SPM tahun 2024 atau 2025 serta mendapat kepujian Bahasa Melayu 1103 dan Kepujian dua matapelajaran SPM iaitu Sejarah 1249 dan Bahasa Inggeris 1119 serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang
Memiliki Persijilan Kemahiran Malaysia Tahap 2 Atau Ke Atas

Dan

5. Keupayaan Fizikal dan Temuduga
5.1

Syarat Umum:
1. Tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit yang mengehadkan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
2. Hadir dan Lulus Temu duga Oleh Institusi


Tempoh Pengajian
30 Bulan

Prospek Kerjaya
Pembantu Jurutera Elektrik
Pendawai Elektrik
Juruteknik Elektrik
Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ VOKASIONAL SULTAN ABDUL SAMAD
Alamat
JALAN SULTAN ABDUL SAMAD, TELOK DATOK
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
MUHAMAD SHAHRIZAN BIN MUSA
Telefon
0331871246
Emel
beb1070@moe.edu.my
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
-