Kursus TVET
DIPLOMA TEKNOLOGI KOMPUTERAN

DKA

Pengenalan Kursus

Diploma Teknologi Komputeran merupakan program pengajian yang memberi tumpuan kepada bidang pembangunan sistem komputer dan aplikasi berasaskan web. Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dalam aspek pengaturcaraan, pembangunan aplikasi, reka bentuk dan pengurusan pangkalan data serta pembangunan sistem maklumat.

Sepanjang pengajian, pelajar akan mempelajari pelbagai teknologi dan perisian yang digunakan dalam pembangunan sistem seperti bahasa pengaturcaraan, pembangunan aplikasi web, pengurusan pangkalan data serta penggunaan rangka kerja pembangunan sistem. Pelajar juga akan didedahkan kepada proses pembangunan sistem secara sistematik bermula daripada analisis keperluan, reka bentuk, pembangunan sehingga kepada pengujian sistem.

Program ini turut menekankan pembelajaran secara praktikal melalui aktiviti amali, projek pembangunan sistem dan latihan industri bagi membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran yang dipelajari dalam situasi sebenar.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Warganegara
1.1 Pemohon Mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Had Umur
2.1 Pemohon Mestilah

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 21


Dan

3. Status Kesihatan
3.1 Pemohon Mestilah
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

4. Kelayakan Akademik
4.1 Memiliki SPM tahun 2024 atau 2025 Mendapat kepujian Bahasa Melayu 1103 dan Matematik; Kepujian satu (1) mata pelajaran lain dan Lulus Sejarah 1249;

1. Lulus Mata Pelajaran Sejarah

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1249 SEJARAH

2. Kepujian Bahasa Melayu dan Matematik

Kepujian Bahasa Melayu

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU

Matematik

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1449 MATEMATIK

3. Kepujian Mana-mana kecuali Mata Pelajaran Berikut:

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1449 MATEMATIK

Atau

4.2 Memiliki SPM tahun 2024 atau 2025 Mendapat kepujian Bahasa Melayu 1103 dan Lulus Sejarah 1249 dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3; ATAU Kepujian dua (2) mata pelajaran SPM iaitu Sejarah 1249 dan Bahasa Inggeris 1119 serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang
Memiliki Persijilan Kemahiran Malaysia Tahap 2 Atau Ke Atas

Dan

5. Keupayaan Fizikal dan Temu duga
5.1 Calon mestilah memenuhi

Syarat Umum:
1. Tiada Sebarang Kecederaan Atau Sejarah Penyakit Yang Menghadkan, Membataskan, Dan Menyukarkan Pelaksanaan Kerja Praktikal Dan Amali
2. Hadir dan Lulus Temuduga


Tempoh Pengajian
30 Bulan

Prospek Kerjaya
Pengaturcara
Jurutera Perisian
Pembangun Laman Web
Juruanalisis Sistem
Pengurus Projek
Juruteknik Komputer
Pentadbir Sistem Pangkalan Data
Penguji Sistem
Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU
Alamat
11000 BALIK PULAU PULAU PINANG
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
ZURINA BINTI ABDUL KHAIR
Telefon
04-8666229
Emel
pha3001@moe.edu.my
Laman Web
https://kvbp.moe.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Layari:
https://www.facebook.com/kolejvokasionalbalikpulau
https://kvbp.moe.edu.my/