Kursus TVET
DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRONIK

DEB

Pengenalan Kursus

Program Teknologi Elektronik (DEB) memberi penekanan kepada pembangunan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang elektronik secara berperingkat, daripada asas hingga tahap lanjutan. Kursus merangkumi asas elektronik, analisis dan reka bentuk litar analog serta digital, penggunaan peralatan pengukuran, pemprograman mikropengawal, sistem kawalan dan automasi industri.

Pelajar turut didedahkan kepada kemahiran amali bengkel, penyelesaian masalah teknikal, penyelenggaraan peralatan serta pelaksanaan projek akhir. Pendekatan pembelajaran berasaskan teori dan amali ini bertujuan melahirkan graduan yang kompeten, berkemahiran tinggi dan bersedia memenuhi keperluan industri elektronik dan automasi.

Secara keseluruhan, program ini menyediakan asas kukuh untuk kerjaya dalam bidang teknologi elektronik serta meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Warganegara
1.1 Pemohon Mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Had Umur
2.1 Pemohon Mestilah

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 21


Dan

3. Status Kesihatan
3.1 Pemohon Mestilah
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

4. Kelayakan Akademik
4.1 Memiliki SPM tahun 2024 atau 2025 , Mendapat kepujian Bahasa Melayu 1103 dan kepujian dua (2) mata pelajaran lain serta Lulus Sejarah 1249

1. Lulus Mata Pelajaran Sejarah

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1249 SEJARAH

2. Kepujian Bahasa Melayu

Kepujian Bahasa Melayu

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU

3. Kepujian Mana-mana Dua (2) kecuali Mata Pelajaran Berikut:

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU

Atau

4.2 Memiliki SPM tahun 2024 atau 2025 Mendapat kepujian Bahasa Melayu 1103 dan; Kepujian dua (2) mata pelajaran SPM iaitu Sejarah 1249 dan Bahasa Inggeris 1119 serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang
Memiliki Persijilan Kemahiran Malaysia Tahap 2 Atau Ke Atas

Atau

4.3 Memiliki SPM tahun 2024 atau 2025 Mendapat kepujian Bahasa Melayu 1103 dan; Lulus Sejarah 1249 dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3

Pembaikan dan Penyelenggaraan Peralatan dan Perkakasan Elektronik [C264-001-3:2025] Atau

Troubleshooting, Pembaikpulihan & Penyelenggaraan Peralatan Elektronik [EE-021-3:2012] Atau

Penyeliaan dan Pengesanan Kerosakan Komponen dan Papan Elektronik [C261-001-3:2020]


Dan

5. Keupayaan Fizikal dan Temu duga
5.1 Calon mestilah memenuhi

Syarat Umum:
1. Tiada Sebarang Kecederaan Atau Sejarah Penyakit Yang Menghadkan, Membataskan, Dan Menyukarkan Pelaksanaan Kerja Praktikal Dan Amali
2. Hadir dan Lulus Temuduga


Tempoh Pengajian
30 Bulan

Prospek Kerjaya
Pembantu Jurutera Elektronik
Juruteknik Elektronik
Usahawan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU
Alamat
11000 BALIK PULAU PULAU PINANG
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
ZURINA BINTI ABDUL KHAIR
Telefon
04-8666229
Emel
pha3001@moe.edu.my
Laman Web
https://kvbp.moe.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Layari:
https://www.facebook.com/kolejvokasionalbalikpulau
https://kvbp.moe.edu.my/