Kursus TVET
DIPLOMA TEKNOLOGI KIMPALAN

DMB

Pengenalan Kursus

Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam merancang, mereka bentuk, memeriksa dan menguji kimpalan arka dan kimpalan gas arka serta kaedah pemotongan bahan logam dengan menggunakan ositelin, plasma dan kaedah mekanikal yang melibatkan keluli karbon, keluli tahan karat, aluminium. Program turut memberikan penekanan kepada aplikasi perisian komputer, kawalan, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan serta latihan loji.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Warganegara
1.1 Pemohon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. Had Umur
2.1 Pemohon Mestilah

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 21


Dan

3. Status Kesihatan
3.1
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

4. Kelayakan Akademik
4.1 Pemohon mestilah memiliki SPM tahun 2024 atau 2025 dan mendapat kepujian Bahasa Melayu 1103 dan Kepujian dua (2) mata pelajaran lain dan Lulus Sejarah 1249 atau Kepujian dua (2) mata pelajaran SPM iiaitu Sejarah 1249 dan Bahasa Inggeris 1119 serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang.

1. Lulus Mata Pelajaran Sejarah

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1249 SEJARAH

2. Kepujian Bahasa Melayu

Bahasa Melayu

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU

3. Kepujian mana-mana dua(2) mata pelajaran berikut :

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : C

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU

Atau

4.2 Pemohon mestilah lulus Sejarah 1249 dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 atau Kepujian dua (2) mata pelajaran SPM iiaitu Sejarah 1249 dan Bahasa Inggeris 1119 serta memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang.

Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam [MC-024-3:2012]


Dan

5. Keupayaan Fizikal dan Temu Duga
5.1

Syarat Umum:
1. Tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali
2. Hadir dan Lulus Temu Duga Institusi


Tempoh Pengajian
30 Bulan

Prospek Kerjaya
Jurukimpal
Juruteknik Kimpalan
Pembantu Jurutera Kimpalan
Pengusaha Pusat Latihan CAD/CAM
Usahawan Produk Kreatif Pemesinan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ VOKASIONAL NIBONG TEBAL
Alamat
JALAN BUKIT PANCHOR
14300 NIBONG TEBAL
PULAU PINANG
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
ABDUL RAHMAN BIN ABD RAHIM
Telefon
04-5932904
Emel
pha4002@moe.edu.my
Laman Web
https://kvnibongtebal.moe.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
-