DEB
Program ini mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang elektronik yang berfokus kepada sistem elektronik industri, automasi, elektronik audio visual dan komunikasi. Selain itu, peningkatan kemahiran dan pengetahuan dalam elektronik audio visual, elektronik industri, sistem kawalan, sistem pengawal mikro, mekatronik dan mereka bentuk litar elektronik menggunakan perisian dan juga pembelajaran perkakasan dan perisian Program Logic Controller (PLC). Penerapan kemahiran untuk membuat penyelenggaraan dan baik pulih peralatan elektronik, menguji kefungsian pada produk elektronik dan berkebolehan menyelia di bahagian pengeluaran turut diutamakan.
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 21
1. Lulus mata pelajaran Sejarah
Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1249 | SEJARAH |
2. Kredit dalam mata pelajaran BM
Bahasa Melayu
Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : C
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
3. Kepujian mana - mana 2 mata pelajaran
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : C
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
Penyeliaan dan Pengesanan Kerosakan Komponen dan Papan Elektronik [C261-001-3:2020] Atau
Pengujian, Pengesanan Kerosakan dan Penyelenggaraan Komponen dan Papan Elektronik [C261-001-2:2020]
Syarat Umum:
1. Tiada sebarang kecederaan atau sejarah penyakit yang menghadkan, membataskan dan menyukarkan perlaksanaan kerja praktikal dan amali
2. Hadir dan Lulus Temu Duga