SDD
Program Sijil Animasi 2D adalah salah satu program yang memberi peluang kepada pelajar yang meminati bidang seni visual dan animasi mendapatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal secara teori dan amali dalam bidang Animasi 2D. Melalui pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, program ini dapat membantu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini membolehkan para pelajar menguasai asas animasi sehingga mampu menghasilkan sebuah portfolio yang diperlukan bagi menyediakan pelajar ke alam pekerjaan yang berkaitan.