A016-001-3:2016
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Operasi Pengeluaran Tanaman merupakan program sijil kemahiran Tahap 3 yang memberi penekanan kepada pembangunan kompetensi dalam penyeliaan aktiviti pengeluaran tanaman secara sistematik, produktif dan berorientasikan teknologi.
Kursus ini dibangunkan bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan dalam aspek teknikal penanaman, tetapi juga mampu merancang operasi tanaman, menyelaras sumber, memantau prestasi tanaman, menyelia tenaga kerja, mengawal penggunaan input serta menilai hasil dan produktiviti projek.
Personel yang terampil dalam Operasi Pengeluaran Tanaman Tahap 3 adalah kompeten dalam melakukan kompetensi teras berikut:
a) Sedia kawasan tanaman;
b) Sedia tapak semaian tanaman;
c) Kendali penanaman bahan tanaman;
d) Selenggara pokok tanaman;
e) Kendali kawalan perosak dan penyakit tanaman;
f) Kendali hasil tanaman;
g) Selenggara ladang tanaman;
h) Selia operasi pengeluaran tanaman; dan
i) Kendali pengeluaran baja organik dan kompos
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
1. Menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : G
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Syarat Umum:
1. Jenis Sijil/Diploma : Sijil
2. Mempunyai Sijil Tahfiz Malaysia Dari Institusi Tahfiz
3. Minimum CGPA : 0.00
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30