Kursus TVET
SIJIL TEKNOLOGI ELEKTRIK

CEE

Pengenalan Kursus

Pembelajaran dalam bidang ini menjadi permintaan pelajar untuk mengembangkan pengetahuan dan kerjaya dalam bidang elektrik dengan lebih jauh. Graduan dari jabatan teknologi elektrik mempunyai kompentensi dan kemahiran dalam semua skop pekerjaan melibatkan bidang elektrik seperti pendawaian sistem 1 Fasa, sistem 3 Fasa, penyelenggaraan, rekabentuk pendawaian, baik pulih pendawaian serta pemasangan asas penghawa dingin.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf

Syarat Kelayakan
1. Warganegara Malaysia

Dan

2. Memiliki SPM atau setaraf
2.1
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred Aktif
1103 BAHASA MELAYU Pilihan Lain-lain E Aktif
1249 SEJARAH Pilihan Lain-lain E Aktif

Atau

2.2

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil Kemahiran Khas Elektrik Dari PERDA-TECH
Minimum CGPA : 0


Dan

3. Berumur tidak kurang 17 tahun
3.1

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 30


Dan

4. Kriteria lain
4.1
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
4. Bujang (Wajib)

Tempoh Pengajian
27 Bulan

Prospek Kerjaya
Peluang kerjaya sebagai :
i. Kontraktor Elektrik,
ii. Juruteknik Elektrik
iii. Pendawai (Wireman)
iv. Juruteknik Penyelenggaraan
v. Juruteknik Pembaikan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI PERDA (PERDA-TECH)
Alamat
BUKIT PANCHOR, 14300 NIBONG TEBAL PULAU PINANG
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
ALIAS BIN MUHAMMAD NOR
Telefon
04-5991100
Emel
perdatech@perda.gov.my
Laman Web
www.perda-tech.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Program telah mendapat pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran. Setelah tamat pelajar akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 ( F432-005-2:2019 )
& Tahap 3 ( F432-005-3:2019 ) dalam bidang Elektrik dan mendapat Sijil Profesional Pendawaian Satu (1) Fasa dengan Endorsan ( PW2 ) daripada Suruhanjaya Tenaga ( ST )

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
 Yuran Pengajian PERCUMA ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan
 Elaun – RM250.00 sepanjang tempoh pengajian termasuk Latihan Industri
 Penginapan & Pakaian kursus disediakan
 Insuran Berkelompok