Kursus ini merangkumi beberapa kandungan utama iaitu pengenalan kepada amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja / bengkel serta asas bantuan kecemasan, bagi memastikan peserta memahami prosedur keselamatan sebelum memulakan kerja. Seterusnya, peserta akan mempelajari persediaan bahan dan alatan untuk kerja-kerja bata sebagai langkah awal dalam memastikan kelancaran proses pembinaan.
Selain itu, kursus ini turut memberi penekanan kepada kemahiran melaksanakan kerja rancang tanda kawasan kerja bagi memastikan ketepatan dan susun atur binaan. Peserta juga akan diajar cara melaksanakan bancuhan mortar untuk kerja bata dengan teknik yang betul.
Dalam aspek praktikal, peserta akan berpeluang melaksanakan binaan tembok bata sebagai latihan utama, diikuti dengan kemahiran tambahan iaitu melaksanakan kerja bata hiasan untuk menghasilkan binaan yang lebih kemas dan estetik.
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai PMR Dari
Minimum CGPA : 0
Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 35
Syarat Umum:
1. Lulus Temuduga